Wednesday 5 August 2015

Android SQLite Database

Android SQLite Database

By Fanxtea | 1 Januari 2015



SQLite adalah Open Source database. SQLite menyokong piawaian biasa seperti SQL syntax, transaksi dan penyata bersedia. SQLite menyokong jenis data TEXT (sama seperti String di Java), INTEGER (sama seperti long di dalam Java) dan REAL (sama seperti double dalam Java).

SQLite embedded ke dalam setiap peranti Android. Dengan menggunakan pangkalan data SQLite dalam Android tidak memerlukan prosedur persediaan dan pentadbiran pangkalan data. Anda hanya perlu untuk menentukan penyata SQL untuk mencipta dan mengemaskini pangkalan data. Selepas itu pangkalan data secara automatik menguruskan segalanya untuk anda.

Jika aplikasi anda mencipta pangkalan data, default direktori pangkalan data ini disimpan ialah di "DATA/data/<APP_NAME>/databases/<FILENAME"

Dalam tutorial berikutnya, saya akan menunjukkan bagaimana untuk menggunakan empat basic SQL statement untuk berinteraksi dengan pangkalan data iaitu:

  1. Insert
  2. Select
  3. Update
  4. Delete
P/s: Tutorial ini bersambung dan berkait antara satu sama lain bagi memudahkan lagi untuk memahami dan menggunakannya.

Untuk melihat data yang telah dimasukkan kedalam pangkalan data, pelbagai cara boleh dilakukan. Samada export keluar pangkalan data tersebut atau menggunakan third party software atau menggunakan plugin yang Eclipse sediakan.
Saya menggunakan Questoid SQLite Manager daripada Eclipse plugin.

Step untuk install plugin Questoid SQLite Manager tersebut:

  1. Muat turun fail .jar Questoid SQLite Manager di sini.
  2. https://dl.dropboxusercontent.com/u/91846918/CoderzHeaven%20images/SQLite%20Manager%20Plugin/com.questoid.sqlitemanager_1.0.0.jar
  3. Letakkan fail .jar yang telah dimuat turun tadi ke dalam direktori ini.
  4. eclipse/dropins/
  5. Restart semula Eclipse anda dan sedia untuk digunakan.


Step untuk melihat data yang disimpan di dalam pangkalan data:
  1. Buka File Explorer
  2. Pergi ke DATA/data/<Nama_Fail/Database/<Nama_Database
  3. Klik icon Questoid SQLite Manager

Kamu boleh mengubah tetapan pada fail "config.ini" (pada Windows 7 kamu boleh cari fail ini di sini :- C:/Users/nama_PC/.android/avd/nama_emulator/config.ini).
Cari lain ini :
hw.mainKeys=no
dan gantikan dengan :
hw.mainKeys=yes